rakan seperjuangan :)

Tuesday, 15 October 2013

SEBULAN...




merenung masa depan...
assalamualaikum..
lama kan aku tak update benda ni. maklumlah, bila dah terBUSY, rasa macam dah takde mood nak update pape. dulu pestime buat blog, kemain excited nak update tiap2 hari. haa, sekarang tengok sendiri la, berapa bulan dah blog aku bersarangkan sarang labah2. eh, ade ke? sesuka je kan. haha *fuhh, penat membebel.

ok, aku tak tau mende aku nak update hari ni, just ikut kata hati je la kan. 

btw, dah sebulan lebih dah aku jadi mahasiswi UMT. ape prasaan aku? tah, i felt nothing. rasa macam kosong. maybe aku tak rase betol2 lagi jadi pelajar U.selama sebulan ni, Alhamdulillah, aku dapat sesuaikan diri dengan persekitaran baru, roomate baru, kawan2 baru, suasana belajar baru. sume baru lah. 

tak banyak beza pun cara kelas kat sini, tapi takde la kelas kecik2 sama ngan kat matrik dulu. sini sume cam kuliah. certain subjek tu gabung ngan beberapa kos, jadi ramai la satu kuliah tu. but, still takleh lawan masa zaman sekolah. seriously, i miss that moment. dulu sekolah, tak sabar nak masuk U ke masuk matrik and so on. sekali dah masuk matrik, masuk U, mula la nak sekolah balik. yela, sekolah sume kawan2 macam adik beradik kan. satu kelas tu boleh kenal satu2 perangai macam mana. 5 tahun kenal dah paham sangat sorang2 punye perangai. masa sekolah, sume cikgu bagi. kita just terima je. masuk matrik pun boleh dikatakan lebih kurang. haa, dah masuk U pandai2 sendiri la nak hidup. takleh nak harpkan orang dah. even kau kawan rapat macam mana sekalipun, dah sampai bab assignment, kau takleh nak meniru sama cam zaman sekolah, zaman matrik dulu. sume kena survive sendiri. haha. *based on pengalaman sendiri la. 

haa, kan dah panjang aku melalut. dah penat ni. korang layan gambar la pulak, lotih dah den nak cokap banyak. haha *bahasa ape tah aku guna

first masuk u, tiap2 hari p pantai. haha
this is my lovely roomates. Alhamdulillah, dorang sume ok. :)

just snap.. :)

this is my faculty. nice kan? baik cakap ye!! :P

guess what, aku masuk wataniah. lagi seminggu, muka aku jadi double triple hitam. ohmy!

this is pulau bidong. satu2 pusat penyelidikan UMT. )

going to fishing. luckily aku tak mabuk laut. hehe

lastly, we are big family of maritime technology. :)


for last, aku nak wish Salam Aidiladha to sume umat Islam. have a nice hari raya. :)

#midsem break nak habis dah.
#ready for midterm and start be a busy student again. bhaha

BYE BYE... ^^

thanks for reading. like if u love it. fighting!

Sunday, 8 September 2013

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU


hoho. dah lama tak update sini. ni post yang xdak gambar, just tulisan semata-mata. yang malas nak baca, sila2 lah. haha. aku pun malas gak. 

ok, malas nak cakap bebanyak, habis ayaq liuq. haha.
aku dah habis orientasi. yeay! overall, duk sini ok la. tapi banyak yang baru la kan. berbeza 100% dari sekolah n matrik. sini kena pandai2 survive. kalau tak, memang naye la. 

the best part is, aku dapat roomate yang satu kepala lah. even bilik kami ni sempit SANGAT2, tapi aku bersyukur sangat. Alhamdulillah. coursemate pun sume ok. yang aku kenal memang dah jadi geng. hee. 

but, the worst part are.. nampak tak banyak? first, henset n netbook aku rosak, memang sedih giler. benda penting kot. kalau salah satu jadi, ok dah. ni dua2 rosak. dah la sini sume pakai online. seksa gler ase, tapi anggap as ujian. sabaq Ame. :( 
second is, kos yang aku ambik SUME kait ngan fizik. kat matrik blajar bio. memang terbaik ah kan. macam sia2 aku blaja bio setahun. last2, kena blaja fizik balik. besarnye ujian. sabaq Ame. 

esok aku dah start kelas. so, bermulalah episod baru as mahasiswi. hope dipermudahkan segalanya. amin. 

act, nak cite banyak lagi, tapi takut hangpa muak baca panjang2. hewhew. len kali la plak noe. 

so, selamat malam. haha. 

p/s: thanks kat sape2 yang dah banyak tolong aku and support aku selama ni. :) 



thanks for reading. like if u love it. fighting!

amenurlyana copyright :)